18 May 2012

KONDOMINIUM KOTA BHARU 



LOKASI : Di atas Pelangi Mall, di tebing sungai Kelantan, berhampiran   tambatan Diraja Kota Bharu. Jarak 15 min perjalanan dari lapangan terbang Pengkalan Chepa, 50m dari Masjid  Negeri. Radius 300m dengan Pasar Siti Khadijah, Bazar Tengku Anis,Bazar Buluh Kubu, Stesen Bas Kota Bharu. Di tingkat bawah menyajikan berbagai jenis kedai dan gerai makanan sepanjang pinggiran  sungai Kelantan.
NO BILIK : Blok B15 – 06 ( Tingkat 15 )
STATUS PENYEWA : untuk Muslim sahaja.
PEMANDANGAN : Kedudukan pada tinggkat ke 15 menyajikan panorama menarik kearah Padang Merdeka yang menghijau , kawasan penduduk Kota Bharu serta bandar dan menghala ke arah laut. Pada waktu cuaca baik menggunakan teropong jarak jauh Pantai Cinta Berahi mungkin boleh kelihatan.  Sebahagian dari aliran Sungai Kelantan boleh dilihat dari dalam bilik tidur kondodan ruang tamu.
RUANG ; 
Keluasan 1200 kaki persegi, mempunyai;
1 bilik tidur utama ( satu katil kelamin ), 1 bilik tidur ( 2 katil bujang ), 1 bilik kanak-kanak( 1 katil bentuk kereta )dan semua bilik dilengkapi almari menyimpan pakaian dan kemudahan menyeterika pakaian. Ruang tamu yang selesa untuk kegunaan keluarga , dapur, ruang jemuran, 2 bilik tandas dengan water heater. Keseluruhan ruang dilengkapi dengan pendingin hawa berserta kipas kecuali bilik kanak-kanak hanya berkipas.

KEMUDAHAN :
Penyewa akan dibekalkan dengan kad  penghuni  kondo yang perlu digunakan sebagai kunci untuk memasuki pintu utama kondo.Ianya wajib dipulangkan kepada pemilik kondo apabila keluar kelak.
Penyewa dibenarkan menggunakan kemudahan kondominium seperti kolam renang, sauna  dan jimnasium dan tempat permaianan kanak-kanak secara percuma di tingkat 10.
Kenderaan penghuni boleh di letak di basement pelangi mall dgn kadar bayaran RM 2.00 sehari atau di tepi jalan ditempat parking berbayar berhampiran Pondok Polis.
Perkakasan memasak ringkas  menggunakan dapor elektrik seperti periuk, kuali ,senduk , sudu, pinggan , gelas,jug,  cerek elektrik ,periuk nasi elektrik,  peti sejuk ,dan keperluan untuk membuat minuman seperti  air kosong, ais, gula & tea,sirap juga disediakan.

Ruang tamu yang luas dan selesa dilengkapi dengan meja makan untuk 8 orang, sofa dan tv.
Kemudahan membasuh iaitu mesin membasuh automatic  serta  dryer (pengering pakaian) serta agen pembersih  disediakan di ruangan jemuran secara percuma.
Kain sembahyang perempuan ( sepasang ), Kain sembahyang lelaki ( sehelai )dan al-quran  juga disediakan.
Tuala ( 5 helai ). Bantal ( 5 biji ) -  bantal tambahan dan toto(alas tidur) boleh dipohon jika diperlukan tanpa caj tambahan ). Selimut ( 4 helai )

KADAR SEWA :
Hari biasa atau cuti umum  : 
Sewa sehari  :  RM300.00 / hari
Sewa melebihi sehari  :  RM250.00 / hari
Sewa Bulanan : RM 1500.00-1800.00 sebulan (boleh dirunding berdasarkan kepada bilangan penyewa) percuma servis pembersihan kondo termasuk membersih 2 bilik air ,dapur, 3 bilik tidur, ruang tamu atau menukar semua cadar, selimut dan tuala setiap bulan.

Untuk pertanyaan dan tempahan sila hubungi Pn Tasnim
 No tel:   0179726971
 N0 A/C Bank Islam: 03090020058287
email : kondotasnim@yahoo.com

No comments:

Post a Comment